semuanya akan sempurna andai kita mengapresiasi rasa cinta untuk makhluk dunia melalui nada yang bahagia.

4/04/2011

Mencari Konklusi.

assalamualaikum.
wah,nampak nya aku dah semakin bersemangat untuk merajinkan tangan ku ini menaip blog. hurm, tadi masa aku sembahyang maghrib, aku bermuhasabah lah diri untuk seketika, kenapa ya iman kita akan naik dan turun, tanpa mengikut masa. Adakala , aku menjadi orang yg mengigati ALLAH, tapi kebanyakannya aku masih leka.betullah, pandangan ahli sunnah wall jamaah  tentang keteguhan iman. (berdasarkan rujukan pada buku teks p.a.i ting.5)jadi. aku pun mencari solusi tentang permasalahan ni untuk mendapatkan konklusi. Akhirnya, aku dapat juga menenangkan hati yang lara dengan sedikit bacaan majalah ilmiah yang memang sedang hot dipasaran. SOLUSI  , majalah yg pertama kali aku tatap dan diperkenlkan oleh MUADZAM ABDULLAH. dengan illustrasi yg dekat di hati, majalh ini seumpama memahami kehendak rohani yg memerlukan santapan yg konkrit. perumpamman serta ideologi yg diutarakan cukup untuk kita berfikir betapa AGUNGNYA *bukan karyaagung:) , ciptaan tuhan untuk umat manusia. RM9.00 , harga yg sangat berbaloi dengan dibarisi penulis penulis yg berwibawa dan kelass gitu.ini adalah sedikit isu isu menarik muka depan majalh tersebut.



cover depan pun meyakinkan kan?

syurga rumah tangga :)

segalanya hanya untuk rm9.00



antara koleksi aku:)

 p/s : harap harap dapat lah jadi duta untuk majalah solusi.
                                                                         

4/03/2011

Kenangan Terindah.

salam,
post kali ni , aku nak bawa kan sedikit kenangan indah yang pernah aku lalui dalam hidup aku. mungkin frasa hidup ini orang selalu memandang ia sebagai perkara yang remeh, namun sebenarnye ia telah banyak membentuk jati diri kita sekarang. ZAMAN SEKOLAH RENDAH, menjadi antara subjek hidup aku yg akan selalu aku ingat. biarpun masa akan terus berputar , namun zaman ini merupakan hadiah yg tak kan dapat dilupakan. bergelak ketawa bersama-sama , menangis, gembira, tawa dan suka , semuanya itu menjadi rencah kehidupan yang amat berharga. kawan kawan , terima kasih kerana berja mereka plot cerita permulaan hidup kita dengan jayanya. SYAFIQ MAZLI,ARIF ADLI,AMIR SAFWAN, SYAKIRAH, AMIRA SYUHADA,mereka inilah antara insan yg menjadi teman kala duka, tawa kala ceria, --'. ye lah kan. terima kasih :)




Aku pengawas perpustakaan dulu

sewaktu jamuan akhir tahun. dah lama tak nampak aizat:'(



rasanya gambar ini untuk pelajar yg dapat 5A kot.



6 AMAN YG CERIA.




wah, seronok menjadi pelajar sekolah rendah:)

Bila aku sudah ber-BLOG :)

ASSALAMUALAIKUM;

hari ni aku mula untuk menulis blog. walaupun banyak sangat pandangan sinis yg dilontarkan tentang blog, tapi yang penting untuk mereka yg bijak dalam memanfaatkan blog; ia akan membawa kita ke arah solusi sosial yg luas. terima kasih kpd mereka yg menginspirasikan aku untuk menyertai dunia penulisan blog. semoga ia akan membawa manfaat untuk semua !